PENGURUSAN SUMBER
Konsep Pengurusan Sumber
§
Suatu tempat - yang memberikan suasana pembelajaran kendiri
yang selesa.
§
Perkhidmatan - yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran
dalam pembelajaran.
§
Koleksi bahan - yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar
dengan perkembangan pendidikan.
§
Agen perubahan - yang dapat memupuk potensi dan minat
pelanggan di bidang pembelajaran.
Objektif
Pusat Sumber
o
Kecemerlangan pendidikan
o
Penggunaan kemudahan
o
Pemupukan tabiat belajar
o
Penghasilan bahan
o
Perkhidmatan pembelajaran
o
Kemahiran maklumat
Fungsi Pusat Sumber
v
Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan
untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
v
Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang
boleh digunakan dalam proses pembelajaran
v
Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum
digunakan
v
Pintu masuk maklumat dari agensi luar
v
Mendapatkan panduan mencari, mengguna,
menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
v
Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran
maklumat
v
Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri
v
Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
v
Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam
salin
Ciri-Ciri Pusat Sumber Yang Berkesan
Ø
Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
Ø
Terdapat
pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS
Ø
Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses
PdPc
Ø
Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah
agar mudah dan cepat dikunjungi
Ø
Warga sekolah suka dan senang datang
menggunakan PSS.
Ø
Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat
bantu kurikulum
Ø
Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi,
terkini dan menarik
Pusat Sumber Yang Berkesan Harus Mempunyai 6 Perkara :
1)
Penggunaan
2)
Kepimpinan
3)
Kewangan
4)
Kemudahan fizikal
5)
Tenaga manusia
6)
Koleksi Bahan
Bahan
& Perkakasan
Dalam
sebuah PSS, sumber boleh
dibahagikan
kepada:
§
Perkakasan (hardware)
§
Bahan (software)
Ø
Bahan cetak Ialah bahan
yang tercetak secara mekanikal atau elektronik ke atas kertas, kad atau kertas
tebal.
o
Buku
o
Bahan Khusus
o
Terbitan berkala
Ø
Bahan bukan cetak
o
Perkakasan
o
Perisian
o
Carta
o
Permainan
o
Audio
o
Bahan tiga segi
o
Lutsinar
o
Video
PEMBELAJARAN
BERASASKAN SUMBER
ü
meliputi satu mata pelajaran tertentu atau
melibatkan berbagai disiplin pelajaran
ü
dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid bersifat
individu atau secara kumpulan
ü
menggunakan bahan bagi pembelajaran secara
individu atau kumpulan
Komponen
Pembelajaran Berasaskan Sumber
§
penggunaan buku teks
§
aktiviti penelitian
§
pencarian bahan dari pelbagai sumber
§
latihan penyelesaian masalah
§
penggunaan alat pandang dengar.
Dasar
Pembelajaran Berasaskan Sumber
v
pengajaran melalui kerja projek
v
pengajaran unit yang berintegrasi
v
pendekatan inter disiplin
v
pembelajaran individu secara aktif
Ciri-ciri
Pembelajaran Berasaskan Sumber
·
Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada
sumber pendidikan.
·
Melibatkan pelajar belajar secara aktif.
·
Dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang
bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan
dapat ditingkatkan.
·
Memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut
keupayaan.
·
Lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan
ruang belajar.
·
Mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri
dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
Kesimpulan Bab 7 :
Pengurusan sumber ini amat penting bagi pelajar dan guru
dalam memperolehi ilmu pengetahuan. Pembelajaran sumber ini juga merupakan
antara cara lain dalam menyampaikan atau memperolehi ilmu yang baru melalui
pelbagai bentuk bahan rujukan.
No Deposit Bonus - Dr.MCD
BalasPadamFind 의왕 출장마사지 out the best no deposit casino bonuses for 2021. Read 김해 출장마사지 our reviews and find the best no deposit 거제 출장마사지 casino bonuses 2021! Rating: 안동 출장샵 4 · Review by 전주 출장마사지 Dr.MCD