Jumaat, 14 Disember 2018

Bab 2 : interaksi & pembelajaran


 Konsep Sosiolasi

  • Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
  • Satu proses pembelajaran berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya
JENIS-JENIS SOSIOLASI

ü  Primer / permulaan (sosiolisasi normal )
Ø  Berlaku dalam keluarga
Ø  Kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan, kemahiran bahasa

ü  Sekunder / penyertaan (sosiolisasi normal )
Ø  Berlaku di luar lingkungan keluarga
Ø  Pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa

ü  Resosialisasi
Ø  Proses individu menukar kepercayaan, moral, nilai sedia ada

Guru Sebagai Model Melalui :

1.       Penampilan & Bahasa Tubuh
2.       Tingkah Laku
3.       Contoh teladan
4.       Pengetahuan yang luas
5.       Sifat kepimpinan

1.       Penampilan & Bahasa  Tubuh 
§  Perlu menunjukkan ciri-ciri profesionalisme guru dan mengikut etika berpakaian
§  Rujuk pekeliling ikhtisas yang berkaitan untuk panduan pemakaian guru di bilik darjah
§  Bahasa tubuh menyampaikan mesej kepada murid mengenai perwatakan dan kewibawaan sebagai seorang guru

2.       Tingkah Laku
§  Melambangkan keperibadian sebagai seorang manusia
§  Menggunakan bahasa yang sesuai

3.       Contoh Teladan
§  Menunjukkan minat terhadap perkara yang diajar
§  Menggalakkan semangat kekitaan dan prihatin terhadap semua murid
§  Berempati dengan masalah yang dihadapi murid

4.       Pengetahuan Yang Luas
§  Sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek yang diajar
§  Mempunyai pengetahuan mengenai hal ehwal semasa
§  Bersikap kreatif dan inovatif dalam pengajaran

5.       Sifat Kepimpinan
§  Kepimpinan autokratik, demokratik, dan laissez-faire
§  Menggunakan kepimpinan yang bersesuaian dengan situasi

Dinamika Dalam Bilik Darjah
š  Pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri, nilai, tingkah laku, dan minat yang sama.

Faktor Berlaku Dinamika Dalam Bilik Darjah
v  Jantina
v  Bangsa/agama
v  Status sosioekonomi
v  Pencapaian akademik
v  Personaliti
v  Gaya pembelajaran

Peranan Guru Dalam Dinamika Kumpulan
·         Mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah
·         Memberi perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir/tidak disukai
·         Menggunakan kuasa penularan
·         Bimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini
·         Guru sendiri bertindak sebagai model

INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN

KONSEP INTERAKSI
v  Saling tindakan/berhubungan antara dua atau beberapa pihak.

JENIS INTERAKSI

1)      Interaksi sehala / pasif

§  Pembelajaran berpusatkan guru
§  Guru sebagai pemberi/penyampai maklumat dan kemahiran manakala murid sebagai penerima maklumat

2)      Interaksi dua-hala

§  Guru bertanya murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid

3)      Interaksi kumpulan
§  Interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid
§  Guru bertindak sebagai fasilitator
§  Murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi

Kesimpulan bab 2 :

Interaksi & pembelajaran ini amat memainkan peranan yang penting terhadap guru dan murid. Hal ini kerana, pengajaran melalui komunikasi dan pertuturan merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru terutama sekali ketika sesi penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan