Konsep Pengurusan Penasihatan Murid
1. Kaunseling
ü
Suatu strategi yang dilakukan bagi
menyelesaikan masalah yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang
memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang
penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami.
ü
Ciri-ciri kaunseling:
o
Berfokuskan kepada masalah
o
Berbentuk arahan dan suruhan
2. Bimbingan
ü
Suatu proses untuk memahami diri sendiri dan
persekitaran sekeliling. Proses ini adalah suatu usaha yang berterusan.
ü
Ciri-ciri bimbingan:
o
merupakan sebuah aktiviti yang telah dirancang
o
Proses membantu seseorang individu mahupun
kumpulan
o
Diberi kepada mereka yang memerlukan bantuan
3. Mentoring
ü
Juga dikenali sebagai program mentor mentee
iaitu bilangan murid di antara dua sehingga sepuluh orang. Murid diletakkan di
bawah pengawasan seorang guru atau lebih.
Falsafah Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
v
Bahawasanya setiap pelajar
mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan
menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan
beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid
yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan
beramal soleh.
Syarat Kelayakan Untuk Menjadi Guru Kaunseling
Ø
Mempunyai kelayakan ijazah
dalam bidang behavioral science dan kaunseling
Ø
Ada pemilihan dan latihan
kaunselor seperti praktikum
Ø
Memerlukan masa dan latihan
yang khusus.
Hubung Kait Guru Displin Dengan Guru Kaunseling
§
Pelajar yang melanggar peraturan sekolah atau yang
bermasalah akan berjumpa dengan guru displin terlebih dahulu sebelum berjumpa
dengan guru kaunselor.
§
Guru displin sahaja dibenar memegang rotan
manakala guru kanselor hanya boleh memberikan nasihat.
§
Guru displin lebih kepada menghukum pelajar
manakala guru kaunselor lebih kepada membimbing dan membantu pelajar.
§
Maklumat yang didapati
berkaitan dengan pelajar bermasalah oleh
guru displin bermanfaat kepada guru kaunselor.
Peranan Guru Kaunseling Di Sekolah
Ø Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
·
Sesi kaunseling
1)
Sesi kaunseling individu (kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat
peribadi dan kerahsiaan)
2)
Sesi kaunseling kelompok (sesi kaunseling ini melibatkan sejumlah pelajar yang
mempunyai masalah yang sama atau hampir sama)
·
Sesi bimbingan
1)
Sesi bimbingan
individu (pelajar yang datang bertemu kaunselor
hanyalah untuk mendapatkan bimbingan terutama ingin mengetahui cara belajar
yang berkesan)
1) Sesi kaunseling kelompok (sesi kaunseling ini melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama)
1) Sesi kaunseling kelompok (sesi kaunseling ini melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama)
Ø Pengurusan Dan Pentadbiran
·
Urusan dan pentadbiran
yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya dengan
pihak pentadbir sekolah atau agensi luar
Ø Akademik
·
Kaunselor bertanggungjawab
untuk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang
meliputi kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota,
pengurusan masa, pengurusan diri, kemahiran mendengar, kemahiran mengingat,
mengulangkaji, menjawab soalan peperiksaan dan menghadapai peperiksaan
Ø Kerjaya
·
Bidang kerjaya pula
memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita
terhadap kerjaya
Ø Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
·
Meningkatkan psikososial
pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar
dapat menyeimbangkan antara tuntutan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah
mahupun di institusi pengajian tinggi kelak melalui program-program yang
berteraskan kepada kerohanian, komunikasi dan sebagainya di sekolah
Ø Kaunseling Keibubapaan
·
Kaunselor mendapatkan
pandangan dan membantu ibu bapa untuk menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan
anak mereka yang bermasalah
Ø Pembangunan Diri
·
Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri
dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah diperbincangkan
Ø Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ Inhalan/ HIV/ AIDS
·
Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi
kepada rokok dan dadah
·
Pelajar akan diberikan
info berkaitan dengan ddah, rokok, inhalan dan HIV/AIDS
Etika Sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling
v Tanggungjawab
terhadap klien
ü
Hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang
diperoleh semasa kaunseling melainkan yang membahayakan klien dan orang
sekelilingnya
v Tanggungjawab
terhadap rakan profesional
ü
Bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan
perlakuan rakan guru kaunseling yang tidak beretika
v Tanggungjawab terhadap
masyarakat
ü
Guru kaunseling juga hendaklah memahami dan menghormati unsur
sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat
v Tanggungjawab terhadap organisasi dan majikan
ü
Hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta
menngkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya
Kesimpulan Bab 10 :
Unit
bimbingan dan kaunseling ini amat diperlukan di sekolah. Ini kerana unit ini
mempunyai peranan yang sangat penting bagi murid dan juga sekolah dalam
membentuk suasana dan keadaan yang sihat dan harmoni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan