Jumaat, 14 Disember 2018

Bab 4 : Kepimpinan Dan Organisasi Sekolah



Definisi Kepimpinan

Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.

Robert Kreither - Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.

Definisi Organisasi

Perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). *Dewan Bahasa & Pustaka.

Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah.

Menjadi seorang guru profesion, terdapat 3 fasa yang harus dilaksanakan :

§             Praperkhidmatan
    ü Pemilihan calon yang menepati kriteria untuk mengikuti latihan keguruan pada peringkat                     pengajian tinggi.
    ü  Perlu lulus program pengajian dan memperoleh kelayakan ikhtisas
    ü  Perlu melalui penilaian untuk layak dipertimbangkan memasuki perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)


§    Awal perkhidmatan                                                                                                                                
    ü  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dilantik ke jawatan tetap DG41 dan didaftarkan menjadi Guru Malaysia.
    ü  Tugas utama PPP:
                    - melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran
                    - menjalani program induksi dan pementoran                                                                             
    ü  Fokus kepada kelayakan, lantikan, Rekod Daftar Guru, & pembangunan kompotensi


§            Pemantapan kerjaya

Peranan Kepimpinan dan organisasi sekolah


Pengetua berpenan
o   Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan  pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran.
o   Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
o   Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar

Guru penolong kanan pentadbiran (GPK 1)
o   Menjalankan  tugas Pengetua semasa ketiadaannya.
o   Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
o   Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
o   Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

Gurguru penolong kanan hal ehwal murid (HEM)
o   Mengajar
o   Pengurusan kebajikandan disiplin pelajar
o   Kemasukan dan pendaftaran pelajar
o   Perhubungan awam tugas-tugas lain

Gurguru penolong kanan kokurikulum
o   Mengajar
o   Pengurusan kurikulum dan kokurikulum
o   Perhubungan awam
o   Pentadbiran harian

o   Tugas-tugas lain

Guru kanan mata pelajaran
o   Penyelaras aktiviti P&P yang berkesan.
o   Penyelaras panitia bidang mata pelajarannya
o   Mentadbir & mengurus kurikulum bidang mata pelajarannya
o   Pengurus stor & inventori bidang mata pelajarannya
o   Kemajuan staf akademik & bukan akademik dalam bidang mata pelajarannya

Guru bimbingan dan kaunseling
o   Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat pelajar berada.


kesimpulan bab 4 :

kepimpinan dan organisasi ini amat penting dalam sebuah sekolah. ini kerana ia merupakan penggerak pentadbiran dan kejayaan bagi sekolah tersebut. ia juga merupakan badan yang akan menyelaraskan pentadbiran di sekolah tersebut agar kelihatan teratur dan berdisiplin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan