Jumaat, 14 Disember 2018

Bab 3 : Kajian Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar


PENGURUSAN

Definisi Pengurusan

v  Proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).
v  Satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984).

Kepentingan pengurusan

Ø  Menambah pengetahuan
Ø  Meningkatkan mutu amalan kerja guru
Ø  Menambahkan produktiviti
Ø  Mendapatkan keredaan Allah

Pengurusan terbahagi kepada dua :

§  Bilik darjah
§  Sekolah

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

*      Melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003).

Strategi Pengurusan Bilik Darjah

1)      Berpusatkan kepada guru
ü  Guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.

2)      Berpusatkan kepada bahan
ü  Guru menggunakan bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
ü  Guru merupakan sebagai pembimbing

3)      Berpusatkan kepada pelajar
ü  Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil, atau kelas.

Pengurusan Bilik Darjah :

o   Pengurusan pelbagai budaya
o   Pengurusan pelbagai upaya
o   Pentaksiran berasaskan sekolah(PBS)

PENGURUSAN SEKOLAH

Definisi Pengurusan Sekolah

§  Pengurusan sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk organisasi sekolah yang dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia (Abd Rahim Abd Rashid 2001).

Pengurusan Sekolah :

o   Sumber
o   Bilik pembelajaran
o   Tingkah laku/Disiplin
o   Penasihatan
o   Multibudaya
o   Multiupaya
o   Sekolah dan Masyarakat
o   Pengurusan Kokurikulum

PEMBELAJARAN

Definisi Pembelajaran :

v  Gagne (1974) menyatakan pembelajaran adalah:
    • Perubahan pemikiran
    • Perubahan kebolehan
    • Perubahan tingkah laku
    • Berkaitan dengan minat, sikap dan nilai yang dipegang dan diamalkan
    • Pembelajaran memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan lebih bermakna
Prinsip Pembelajaran

1)      Kesediaan Pembelajaran
Ø  murid harus mempunyai kesediaan dari aspek mental, fizikal, dan emosi sebelum belajar.

2)      Pengalaman
Ø  pelajar hendaklah digalakkan menggunakan seberapa banyak organ derianya (telinga, mata, hidung, jari) bagi mendapatkan pengalaman.

3)      Latihan
Ø  murid dapat mengaplikasikan apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru

4)      Kondusif
Ø  suasa pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani

5)      Bermatlamat
Ø  pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik

6)      Penglibatan aktif
Ø  pelajar perlu dilibatkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran

7)      Persediaan awal
Ø  Persediaan guru dari segi memahami kandungan, persediaan bahan, latar belakang murid

8)      Mengkaji murid
Ø  analisis terhadap  minat, kecenderungan, bakat, keperluan

9)      Unsur dorongan
Ø  Suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid.

Faktor Memepengaruhi Kesediaan Belajar

        I.            Kematangan fizikal
      II.            Mengekalkan perhatian
    III.            Dorongan
    IV.            Sosial dan persekitaran
      V.            Pengalaman sedia

Kesimpulan bab 3 :

Guru merangkumi dalam melakukan pelbagai perkara sama ada di dalam atau di luar bilik darjah atau sekolah. Selain dari menyampaikan ilmu pengetahuan dan memahami  kaedah-kaedah yang dipraktikkan di dalam kelas, Setiap guru juga berperanan dalam mengendalikan setiap pengurusan atau kerja yang melibatkan perkara yang penting di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan