Konsep Pemulihan
o
Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya
belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu
kemahiran berbanding rakan sebayanya
o
Melalui program pemulihan khusus,
keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi
Ciri-ciri
Kanak Pemulihan
v
Rendah diri
v
Pasif
v
Mengganggu rakan
v
Kerap tidak hadir sekolah
v
Lemah pemahaman
v
Malas
v
Cepat bosan
Peranan Guru
·
Menggunakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
·
Membentuk personaliti baik dalam diri setiap
orang murid.
PENGAYAAN
Ø Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi
sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
Ø Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada
aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
Ø Bercorak
belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima
Objektif Pengayaan
ü Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih
mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat
membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka
Jenis Pengayaan
1. Pengayaan (mendatar)
·
aktiviti yang berdasarkan kepada
kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
2. Pengayaan (menegak)
·
aktiviti yang berdasarkan minat
dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
Perbezaan
Pengayaan Mendatar Dan Pengayaan Menegak
Pengayaan mendatar
1)
Dirancang
untuk kumpulan
mengikut kebolehan
2)
Kadar
kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan antara individu
3)
Jenis
aktiviti pengayaan biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar
4)
Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam
aktiviti
5)
Setiap
kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama
Pengayaan menegak
1)
Dirancang
mengikut kumpulan
yang cerdas
2)
Kadar
kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama
3)
Jenis
aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan, rekreasi
4)
Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama
5)
Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana & lambat menjalankan
aktiviti
pengukuhan dan aktiviti pemulihan
BERKEPERLUAN KHAS
pintar cerdas
Ø Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan
sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau
sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau
menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi
berbanding dengan rakan sebaya yang lain.
Ciri-Ciri
Pelajar Pintar Cerdas
1) Perbendaharaan kata yang lebih luas
2) Mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah
3) Keistimewaan dalam matematik
4) Mencari kesempurnaan kendiri
5) Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah
6) Petah berkomunikasi
Autisme
Ø Autisme bermaksud kecelaruan neurologikal otak
sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan
komunikasi, sosial dan emosi.
Ciri-ciri Autisme
v Sukar berkomunikasi
v Mengelak untuk bertentang mata
v Emosi tidak seimbang
v Mencedera diri sendiri
v Sukar memahami orang lain
v Pasif
Pendidikan Autisme
§ Pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan
dalam komuniti (PDK)
§ Program bersepadu dan terancang.
§ Pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah
laku pelajar
§ Pendidikan inklusif
Disleksia
Ø Disleksia merupakan keadaan di mana seseorang
mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk
mengambarkan masalah ini ialah buta huruf
Ciri-ciri Disleksia
1) Disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan).
2) Diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik).
3) Disgrafia (merujuk kepada bahasa).
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
ü Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
ü Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui
keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya,
persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.
ü Memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk
mengukur tahap kecerdasan individu.
1)
Kecerdasan Logik-Matematik
v Pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik.
v Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik,
pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens,
generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
v Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan
seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak.
2)
Kecerdasan Verbal-Linguistik
v Golongan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan
bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau
penulisan
v Mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau
struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik
iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam
3)
Kecerdasan Muzik
v Golongan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik
sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza,
mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik.
v Peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada
alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin.
v Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel
dengan kecerdasan bahasa
4)
Kecerdasan Kinestetik Badan
v Individu jenis ini mempunyai kelebihan dalam
menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi
v Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal
dan mental
5)
Kecerdasan Interpersonal
v Golongan ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan
berinteraksi dengan baik.
v Mereka berkemampuan dalam memahami dan membezakan
perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain
6)
Kecerdasan Intrapersonal
v Mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan
mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri
v Mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat
berdisiplin dan mampu hidup berdikari.
v Suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara
7)
Kecerdasan Ruang Visual
v Individu ini memahami hubungan antara objek dengan
ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi.
v Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang
dalam kawasan persekitaran mereka.
v Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam
membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat
8)
Kecerdasan Naturalis
v Mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori
pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling.
v Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan
sangat selesa berada bersama alam terbuka.
v Sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar
global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam
9)
Kecerdasan Eksistensialis
v Mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang
kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia
v Golongan ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai
yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional
ataupun nilai-nilai moden yang berkembang pada masa kini
Kesimpulan
bab 12 :
Pendidikan
buat murid yang normal dan tidak normal ini baik buat seluruh masyarakat. Kita tidak
seharusnya mengfokuskan pendidikan hanya kepada murid yang normal sahaja. Melalui
pendidikan pelbagai upaya ini dapat melahirkan masyarakat yang berjaya dan
berpendidikan serta menjadi harapan negara di masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan