Pengertian
sosiologi
•
Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia
dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut
(Amir Hasan, 2002)
•
Sistematik dan
saintifik = kelogikannya, bukti, akal, kajian,
pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada kebenaran, bersistematik,
analisis, bersifat objektif (tiada dipengaruhi kepercayaan atau nilai) dan soal
selidik.
•
Masyarakat =
kumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial
•
Sudut =
meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya.
•
Tujuan utama sosiologi
ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti
tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang
membentuk kehidupan sosial mereka.
Perspektif
Sosiologi
§ MIKRO
Bersifat kecil dan individu
§ MAKRO
Bersifat
besar, kompleks, dan berfokuskan masyarakat/organisasi
Perbezaan
mikro dan makro
1.mikro
- penagihan dadah merupakan pilihan individu
- kesan kesihatan fizikal dan mental ke atas individu
2. makro
- kes jenayah
- penyakit berjangkit
- kualiti kerja dan pengeluaran
- pengabaian anak-anak
Teori
Utama Sosiologi
·
Teori utama
sosiologi :
§ Teori Interaksionisme
§ Teori Konflik
§ Teori Fungsionalisme
Teori
Fungsionalisme
•
Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai fungsi tersendiri.
•
Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan
keharmonian masyarakat.
• Penekanan: fungsi-fungsi
pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat.
•
Menekankan pengaruh luaran ke atas pendidikan
(komuniti sekolah adalah penerima pasif apa yang ditentukan pihak luar).
Teori Konflik
§ ALIRAN KARL MARX
·
Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883)
dan diikuti oleh Max Webber (1864 – 1920)
·
Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif
konflik dan perubahan.
·
Konflik boleh berlaku antara kelas sosial berbeza,
kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau kumpulan yang mahukan
perubahan.
·
Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada
perubahan sosial.
·
Faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri, dan perdagangan. merupakan asas kepada pembentukan
masyarakat
·
Faktor selain ekonomi seperti agama, institusi
politik, keluarga, dan pendidikan dikenali sebagai superstruktur yang
dibentuk dan dipengaruhi oleh faktor asas iaitu ekonomi.
§ ALIRAN WEBER
·
Konflik antara kelas sosial bukan disebabkan oleh
faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh
masyarakat (pengiktirafan) atau Proses Legitimisasi
(pengesahan).
·
Setelah melalui proses legitimisasi barulah wibawa
dicapai oleh sesuatu kumpulan status/kelas sosial.
·
Masyarakat memerlukan konflik bagi membolehkan
berlakunya perubahan.
Interaksionisme
- Teori Interaksionisme Simbolik
·
Interaksi simbolik melihat bagaimana individu
membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain.
·
Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti
perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra.
·
Teori ini melihat pendidikan dari sudut individu
(mikro).
PENDIDIKAN
Pengertian
Pendidikan
•
Pendidikan
dapat dilihat sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil).
•
Pendidikan
sebagai suatu proses, bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan
pendidikan sebagai suatu produk adalah kesan berlaku pembelajaran, iaitu
pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.
SOSIOLOGI
PENDIDIKAN
•
Sosiologi
o
Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai
interaksi manusia dengan masyarakat dari pelbagai sudut
·
Sosiologi Pendidikan
o Kajian yang
sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan
masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi,
pentadbiran, kurikulum, dan kaedah pdp.
Kesimpulan
bab 1 :
sosiologi
dan pembelajaran ini merupakan kaedah yang dapat mendekatkan guru dengan murid.
Kaedah ini juga merupakan kaedah yang penting bagi seorang guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan