Definisi Budaya
v
Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan
tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran
sosialnya (Amir 2002).
Definisi Pelbagai Budaya
v
Satu sistem kepercayaan dan
tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam
kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan
sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam
konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
Teori Sosial Pelbagai Budaya terbahagi kepada 3 :
1.
Teori Melting Pot 1: Anglo
Conformity
§
Teori ini melihat individu
dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
§
Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah
penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan
majoriti.
§
Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip
demokrasi
2.
Melting Pot II: Ethnic
Synthesis
§
Identiti agama, etnik,
bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk
satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
§
Teori ini tidak sepenuhnya
demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam
masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
3.
Cultural Pluralism (Mosaic
Analogy)
§
Masyarakat yang terdiri
daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama,
etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti
budaya mereka secara demokratik.
§
Teori ini sama sekali tidak
meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok
minoriti.
PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA
•
Pendidikan
pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada
satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha,
1997).
•
Pendidikan
pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.
Tujuan pendidikan pelbagai budaya
v untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan
pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan
kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap
Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya
o Laporan Barnes
(1951)
· "matlamat
pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai
kaum"
o Laporan Fenn-Wu
(1951)
· "dasar
pendidikan Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat membina warganegara
Malaya ... menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala bidang kehidupan
berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaya.“
o Ordinan
Pendidikan 1952
· "matlamat
pendidikan akan tercapai melalui pembentukan sekolah berbagai-bagai kaum yang
bercorak kebangsaan ... dengan berorientasikan kehidupan di Malaya untuk
kanak-kanak semua kaum ... dengan bahasa pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu
bahasa Melayu dan Inggeris ... di samping bahasa ibunda di sekolah vernakular
Cina dan Tamil".
o Akta Pendidikan
1961
· " ...
sistem pendidikan itu menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik sejajar
dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang kaum, agama dan budaya ... atas
dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan budaya etnik masing-masing kaum yang
ada dalam masyarakat majmuk di negara ini."
Kepentingan
memahami kepelbagaian budaya bagi gu
1)
Guru bertanggungjawab
memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya
pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur- unsur
budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain akan
wujud dalam diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh
dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya.
2)
Dalam konteks
profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorang guru
akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya.
Tidak ada prasangka atau prejudis terhadap diri murid. Guru akan lebih berhemah
dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat.
Menurut
Najeemah (2003) sebab utama guru-guru tidak mengamalkan pendidikan pelbagai
budaya iaitu
1)
Guru-guru tidak tahu/memahami maksud sebenar pendidikan
pelbagai budaya.
2)
Guru tidak tahu cara untuk menggunakan pendidikan
pelbagai budaya secara berkesan
3)
Guru-guru
tidak bermotivasi bagi mempelajari cara yang berkesan bagi pendidikan pelbagai
budaya.
4)
Guru-guru tidak menyedari mereka mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan pendidikan pelbagai budaya
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM
BILIK DARJAH
Ciri-ciri
guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya
Najeemah
1) Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
2) Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai
dan tingkah laku.
3) Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.
1) Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
2) Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai
dan tingkah laku.
3) Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.
v Banks
(1989)
1)
Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai
latar belakang.
2)
Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi
tentang topik yang diajar.
3)
Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan
(koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran.
Pengurusan
Bilik Darjah Mesra Budaya
ü Persekitaran
fizikal
Ø Pelan kedudukan
murid
Ø Pengisian papan
kenyataan
Ø Hiasan keceriaan
ü Pembelajaran
& Pemudahcaraan (PdPc)
Ø Pengetahuan sedia
ada murid
Ø Pendekatan &
teknik PdPc
Ø Peka dengan
topik2 tertentu
ü Hubungan
guru-murid
Ø Bilik darjah yang
selamat
Ø Corak komunikasi
& interaksi
Ø Hubungan guru-ibu
bapa murid
ü Rutin &
Disiplin
Ø Peraturan bilik
darjah
Ø Rutin harian
ü Bimbingan &
Kaunseling
Ø Intervensi bagi
menangani
Ø tingkah laku
bermasalah
kesimpulan
bab 11 :
melalui
pengurusan pelbagai budaya ini, perpaduan kaum dapat dicapai dan keharmonian
serta kemakmuran negara dapat dibentuk dengan baik. apabila setiap kaum
bersatupadu, negara Malaysia akan terus dipandang tinggi di peringkat
antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan