Ahad, 16 Disember 2018

Bab 6 : Pengurusan Bilik Darjah


Definisi Bilik Darjah
o   Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.

Definisi Pengurusan Bilik Darjah
o   proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid.
o   Tujuannya ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas.

PENGAJARAN BERKUMPULAN

Ø  Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan  aktiviti dalam kumpulan

Tujuan Pengajaran Berkumpulan
Ø  Memudahkan guru membimbing murid.
Ø  Menggalakkan penglibatan aktif individu.
Ø  Memupuk kerjasama antara murid.
Ø  Memupuk rasa tanggungjawab.
Ø  Murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah.
Ø  Guru beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan.

Bentuk Pengajaran Berkumpulan

        I.            Kumpulan Mengikut Kebolehan
·         Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan
·         Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
·         Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran.

      II.            Kumpulan Pelbagai Kebolehan
·         Terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan dalam satu kumpulan.
·         Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat.
·         Meningkatkan kecerdasan emosi dan sosial pelajar.

    III.            Kumpulan Mengikut Minat
·         Berdasarkan keseragaman minat atau bakat murid
·         Bersifat kekal atau sementara berdasarkan kepada aktiviti pelajaran, kehendak serta keperluan guru dan murid.

PENGAJARAN INDIVIDU

v  Setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat.
v  Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh.

Objektif Pengajaran Individu
v  Murid dapat menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira mengikut kebolehan masing-masing
v  Murid mendapat panduan secara langsung daripada guru atau rakan sebaya
v  Murid dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri
v  Meningkatkan keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk belajar

Apakah Bahan Pengajaran
ü  Apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran
ü  Dikenali sebagai media pendidikan :-
    -perkakasan
    -bahan atau perisian
ü  Digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna

Jenis Bahan Dan Penghasilannya
o   Terbahagi kepada dua iaitu:-
    - bahan hidup
    - bahan bukan hidup

o   Bahan hidup- manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan
o   Bahan bukan hidup- elektronik (audio dan visual), bukan elektronik- (bahan cetak, bukan cetak), bahan-bahan 3 dimensi (semulajadi dan buatan manusia)

Kesimpulan Bab 6 :
Bilik darjah merupakan suatu tempat bagi berlakunya sesi penyampaian ilmu kepada murid. Guru harus menguasai pengurusan bilik darjah ini dengan sebaiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan