Selasa, 18 Disember 2018

Bab 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran


Objektif pengajaran

v  Objektif implisit 
Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
·         Memahami
·         Mengetahui
·         menghargai sesuatu yang telah diajar

v  Objektif eksplisit
Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti
·         Menyenaraikan
·          Menjelaskan
·         memberikan contoh
·         menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

Buku rekod mengajar
Ø  Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
1.Rancangan Pelajaran Tahunan
2.Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan. isi ringkas rancangan pengajaran  berdasarkan sukatan -sukatan  kebangsaan

Perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran (P&P)

ü  Set Induksi
- Langkah permulaan dalam proses P&P
- Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar
- Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang
   berkaitan, gambar atau bunyi

ü  Perkembangan P&P
- Penyampaian isi pelajaran
-Teknik penyampaian guru & Teknik Menyoal
- Penggabung jalinan
- Penyerapan, Pengukuhan &Pengayaan
- Pemulihan &Penilaian
- Hasil pembelajaran murid

ü   Penutup
Aktiviti yang dijalankan seperti :
1) susulan
2)penilaian objektif pengajaran
3)membuat kesimpulan
4)rumusan

KAJIAN DI SEKOLAH

Definisi kajian
Ø  Bartlett (2001) berpendapat kajian bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analisis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah.

Kajian Kes Pengurusan Pendidikan

Ø  Rasional
kajian kes bertujuan untuk melatih lebih ramai pegawai termasuk jurulatih dan pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian kes yang berkualiti. Kes-kes ini dapat digunakan dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK)


PROGRAM PERANTIS GURU 1 & 2

Konsep
·         Bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah
·         Terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
·         Pendedahan awal

Objektif

Program ini memberi peluang kepada guru:
ü  Menyesuaikan diri
ü   Meninjau persekitaran
ü   Mengumpul maklumat tentang pengurusan, kurikulum, dan prasarana
ü   Membuat pemerhatian aplikasi teori P&P dalam bilik darjah.
ü   Merekod pengalaman melalui folio
ü   Memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif terhadap dunia pendidikan

Peranan & tanggungjawab guru pelatih
v  Hadir  taklimat
v  Faham objektif
v  Lapor diri dan bina hubungan baik dengan pihak sekolah
v  Mengamalkan etika
v  Membantu guru dalam kokurikulum
v  Mengumpul maklum balas
v  Menyediakan folio PPG
v  Menyerahkan borang rumusan serta folia kepada pensyarah
v  Perbelanjaan tanggungan sendiri
v  PPG 2 guru pelatih diminta mengajar dan sediakan P&P

Garis panduan,Peranan dan tanggungjawab pihak sekolah
§  Bekerjasama dengan pihak UPSI
§  Melantik guru yang berpengalaman sebagai guru pendamping
§  Membantu guru pelatih menyesuaikan diri
§  Membantu mengumpul maklumat sekolah
§  Beri peluang membuat pemerhatian semasa P&P guru berpengalaman berlangsung
§  Awasi displin dan kehadiran guru pelatih
§  Melapor sebarang kes mengenai guru pelatih dari masa ke semasa ke UPSI
§  Menyerahkan borang rumusan kehadiran dan dokumen lain ke UPSI

Peranan dan tanggungjawab guru pendamping
1.       Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan Sahsiah Pendidikan
2.       Memaklumkan kepada pengetua mengenai kemajuan guru pelatih dari masa ke semasa
3.       Menjalankan sekurang-kurangnya sekali perbincangan

Peranan dan tanggungjawab pensyarah bimbingan
o   Menjelaskan konsep, objektif dan tugasan PPG
o   Menyemak folio serta dokumen lain yang berkaitan
o   Menggunakan maklumat dan catatan pengalaman guru pelatih dalam folio untuk perbincangan
o   Membuat rumusan
o   membuat lawatan jika perlu
o   Menyimpan rekod penilaian PPG

Aspek-aspek yang difokus semasa menjalani PPG
·         Interaksi dan komunikasi
·         Penglibatan dalam aktiviti sebagai guru pembantu
·         Pengurusan bilik darjah
·         Perancangan dan pengajaran
·         Amalan refleksi
·         Sikap dan sahsiah

Kesimpulan bab 14 :

Program Perantis Guru (PPG) merupakan suatu program yang amat baik bagi pelajar-pelajar yang mengambil bidang pendidikan. Ini merupakan sebagai pendedahan awal dan pengalaman baru bagi pelajar-pelajar universiti.

Bab 13 : Sekolah Dan Persekitaran

Hubungan Sekolah dan  Masyarakat

Ø  Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks.
Ø  Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. 



Faktor luaran dan dalaman sekolah
v  Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.
v  Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.
v  Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.
v  Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.
v  Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah.
v  Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. 
v  Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya

Hubungan antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah
·         Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat.
·         Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah.
·         Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah.
·         Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.

Perkongsian Pintar

Matlamat Perkongsian
§  Sekolah sebagai sebuah institusi sosial
§       tidak wujud bersendirian.
§  b. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham.)
§  c. Memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya.

Kepentingan Perkongsian
§  Masyarakat dan Sekolah: Saling  memerlukan
§  Sekolah sebagai agen perubahan masyarakat
§  Masalah masyarakat merupakan masalah  sekolah juga. 
§  Budaya adalah hak masyarakat

Hubungan Sekolah & Ibu Bapa (PIBG)
§  Ibu bapa hendaklah menjadi role model  kepada anak.

§  Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.

§  Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru.

§  Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi

§  Kepakaran dan pengalaman anggota masyarakat amatlah dialu-alukan.

§  Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar.

§  Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah  sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.

§  Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah.

§  Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.

§  Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan.

§  Sebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang. 

§  Menambahkan dana persatuan dengan  inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan.

§  Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG.
 
Kesimpulan bab 13 :

Hubungan antara sekolah dengan persekitaran ini amat penting dan ia memberi kepentingan dalam memajukan sekolah. Hubungan ini amat membantu dalamperkembangan murid-murid dan sekolah tersebut.

Isnin, 17 Disember 2018

Bab 12 : Pengurusan Pelbagai Upaya

Konsep Pemulihan
o   Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya
o   Melalui program pemulihan khusus, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi

Ciri-ciri Kanak Pemulihan
v  Rendah diri
v  Pasif
v  Mengganggu rakan
v  Kerap tidak hadir sekolah
v  Lemah pemahaman
v  Malas
v  Cepat bosan

Peranan Guru
·         Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
·         Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.

PENGAYAAN

Ø  Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
Ø  Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
Ø  Bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima

Objektif Pengayaan
ü  Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka

Jenis Pengayaan
1.       Pengayaan (mendatar)
·         aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
2.       Pengayaan (menegak)
·         aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.

Perbezaan Pengayaan Mendatar Dan Pengayaan Menegak

Pengayaan mendatar
1)      Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan
2)      Kadar kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan antara individu
3)      Jenis aktiviti pengayaan biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar
4)      Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti
5)      Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama

Pengayaan menegak
1)      Dirancang mengikut kumpulan yang cerdas
2)      Kadar kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama
3)      Jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan, rekreasi
4)      Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama
5)      Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana & lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan

BERKEPERLUAN KHAS

pintar cerdas
Ø  Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

Ciri-Ciri Pelajar Pintar Cerdas
1)      Perbendaharaan kata yang lebih luas
2)      Mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah
3)      Keistimewaan dalam matematik
4)      Mencari kesempurnaan kendiri
5)      Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah
6)      Petah berkomunikasi

Autisme
Ø  Autisme bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.

Ciri-ciri Autisme
v  Sukar berkomunikasi
v  Mengelak untuk bertentang mata
v  Emosi tidak seimbang
v  Mencedera diri sendiri
v  Sukar memahami orang lain
v  Pasif

Pendidikan Autisme
§  Pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam komuniti (PDK)
§  Program bersepadu dan terancang.
§  Pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar
§  Pendidikan inklusif

Disleksia
Ø  Disleksia merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf

Ciri-ciri Disleksia
1)      Disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan).
2)      Diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik).
3)      Disgrafia (merujuk kepada bahasa).

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

ü  Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
ü  Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.
ü  Memperkenalkan  9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.

1)      Kecerdasan Logik-Matematik
v  Pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik.
v  Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
v  Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak.

2)      Kecerdasan Verbal-Linguistik
v  Golongan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan
v  Mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam

3)      Kecerdasan Muzik
v  Golongan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik.
v  Peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin.
v  Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa

4)      Kecerdasan Kinestetik Badan
v  Individu jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi
v  Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental

5)      Kecerdasan Interpersonal
v  Golongan ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik.
v  Mereka berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain

6)      Kecerdasan Intrapersonal
v  Mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri
v  Mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari. 
v  Suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara

7)      Kecerdasan Ruang Visual
v  Individu ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi.
v  Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka.
v  Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat

8)      Kecerdasan Naturalis
v  Mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling.
v  Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka.
v  Sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam

9)      Kecerdasan Eksistensialis
v  Mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia
v  Golongan ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang berkembang pada masa kini

Kesimpulan bab 12 :


Pendidikan buat murid yang normal dan tidak normal ini baik buat seluruh masyarakat. Kita tidak seharusnya mengfokuskan pendidikan hanya kepada murid yang normal sahaja. Melalui pendidikan pelbagai upaya ini dapat melahirkan masyarakat yang berjaya dan berpendidikan serta menjadi harapan negara di masa akan datang.